LoLLipOp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cuti dah nak abisss ( Vol 1)
Khamis, 8 Januari 2015 | 5:27 PTG | 0 Any Musykilah ?
0 Any Musykilah ?

Sekejap je cuti . Sekejap la sangat . Tiga minggu bhaii . Tiga minggu otak ni tak bekerja rehat dari belajar . Hope akan lebih bernas dan berfungsi dengan lebih baik bukak cuti ni . . Hoho

Dalam cuti ni macam2 yang berlaku . Sedih . Gembira . Semuanya mematangkan aku . Baik ke buruk , segalanya telah berlaku dan sangat menguji hati dan perasaan .Tiga minggu berlalu dengan sebegitu pantas . Ramai yang terlibat dalam cerita tiga minggu aku ni . Dan penghujung cuti ni , dorang pun dah takde dah . Mungkin memang ditakdirkan dorang cume muncul dalam cerita cuti tiga minggu aku ni . Hanya orang2 yang istimewa saja yang masih stay . Like my beloved family :)

Minggu pertama . Actually aku balik awal dari cuti sebenar . Hari tu hari rabu . Kelas last kelas ENT300 . My eldest sis whatsapp aku . Ada something happen to her . Nak taw ke? Em . Bf dy minta clash . My sis perlukan aku . Dia sangat down . Dah nak masuk lima tahun bhaii . Senang nya minta perpisahan . :( . Petang tu jugak aku balik Petaling jaya . Rupa - rupanya abg B (ex bf akak aku skunk ) ada perempuan lain . Mula - mula susah aku nak percaya yang abg B sanggup buat macam tu kat akak aku . My sis asyik cakap " kau tak paham eyla apa yang akak rasa , umur macam kau ni tak rasa lagi " . Aku rasa kebanyakan orang akan cakap macam tu kalau diuji ( sebab aku pun pernah cakap camtu . Hee ) . Sebab kita rasa kita je yang diuji macam tu dan merasa orang lain tak faham perasaan kita  .Tapi hakikatnya ramai yang pernah rasa macam tu cuma kita je yang tak tahu . Bila my sis cakap macam tu aku senyap je . Sebab aku memang faham apa yang dia rasa sebab aku pernah rasa . Cuma dia yang tak tahu yang aku juga ade kisah seperit itu . Tapi aku simpan sendiri . :( . At least , abg B bagi tahu yang nak clash . Tapi aku ? Aku ditinggalkan tanpa kata apa-apa and aku faham sendiri yang aku dibuang dari hidup dia . :( . Kan dah masuk cite aku pulak . Aishh . Okayh back to my sis . Alhamdulillah my sis dah jumpa pengganti abg B . Mula - mula aku macam tak caya mudahnya akak ku move on dan dapat pengganti . Tapi lepas aku tengok cite "Istanbul , aku datang ! " , aku dapat sesuatu dari cite tu . 

 '' Dua hati yang dah lama sebati , susah untuk dileraikan 
tp . . kalau menyakitkan , baik di buang "

Mungkin benar cinta my sis terlalu dalam untuk abg B , namun semuanya terlalu menyakitkan . Jadi lebih baik dibuang . Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus - terus hadam kesakitan . Ada kala kita yang harus cerdik memilih jalan cerita hidup kita . Kisah cinta my sis cukup memberi banyak aku pengajaran . Jangan percayakan sesiapa pun . Lebih - lebih lelaki .Tak kisah lah bape lama kita kenal seseorang tu pun . Waspada itu perlu . Aku hanya mampu berdoa my sis dapat kecapi kebahagiannya yang penuh barakah dah halal . Aamiin :')

bersambung . . .
  
caucincau :D

wallahu 'alam 


Semalam Hanya Tinggal Sejarah's Posts | Hari ini lebih Cemerlang dari Semalam 's Posts
Let Ta'aruf
Assalamualaikum . Noor Fadilah . 21. Mechanical Engineering Student . Selangor :)
Aku hanya wanita akhir zaman yang masih pincang akhlaknya dan bercita-cita menjadi solehah.Mohon tembak doa yang terbaik buatku.

Asmaul Husna

Salam Ukhuwah
نور فضيله

Create Your Badge

Kenangan Itu
Belajar dari kesilapan semalam :)