LoLLipOp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bicara Hati
Rabu, 21 Mei 2014 | 4:06 PG | 0 Any Musykilah ?
0 Any Musykilah ?





Bismillahirrahmanirrahim..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang..
Ku buka entri kali ini dekat nama Allah.Mudah-mudahan di rahmati-Nya. Hati ku tergerak untuk berkongsi rasa dan perkara perkara yang telah mengganggu fikiran dan hatiku sejak akhir-akhir ini.Banyak yang terpendam,mahu ku luah ,namun ku tidak tahu bagaimana.Selagi di izinkan Nya,itu lah yang akan terluah.InsyaAllah.

Aku seorang gadis biasa yang mempunyai cita-cita tinggi untuk bahagia di sini dan di daerah sana.Namun,banyak peristiwa hidup masa lampau membuat aku kadang kala berputus asa meraih kebahagiaan aku sendiri.Air mata menjadi teman setia.Bercerita pada jutaan orang juga belum tentu dapat mengerti dan menyelami diri ini.Katanya..

"ia sy tahu sbnr nya perit utk awk tanggung.."

"aku paham apa kau rasa.."

Pada hakikat nya tiada manusia yang tahu,faham apa yang aku rasa selagi mereka tidak berada di tempat aku.Hanya Allah yang tahu sesulit dan sesukar mana aku menghadapinya.

Pernah juga aku minta agar aku di hilangkan ingatanku kerana aku tidak kuat untuk melewati saat-saat aku teringat peristiwa-peristiwa pahit dalam hidup.Itu lah di saat iman ku lemah dari membentengi hasrat-hasrat negatif dalam diri.Aku ingin sekali bebas dari kenangan lampau namun ia selalu menerjah jika aku berada di suatu-suatu tempat yang aku pergi.Di mana harus ku pergi tanpa teringat apa-apa yang pahit?.Aku pernah jua memasang hasrat untuk menyambung pelajaran ku ke luar negara dan jauh dari segalanya.Ia agak kelihatan seperti orang yang ingin melarikan diri dari masalah.Namun harus kah aku melakukan sedemikan? lari dan terus lari.?.

Tidak.Ini bukan cara orang beriman.


Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat yang tidak putus-putus memberi semangat kepadaku.Nur Zakiah  Rafee.Terima kasih sahabat.Kata-kata yang sangat menusuk hati dan mindaku,

Kadang-kadang keadaan boleh merubah personaliti seseorang.Tanpa ku sedar ,aku juga sudah berubah.Luahan kakak sulung ku.

"Akak tertanya-tanya,mana diri ila yang dulu,yang kasar?.."

Dengan automatiknya aku terimbas siapa aku dulu.Aku adalah gadis tomboy yang kasar.Tegas.Aku tidak terselit rasa takut apabila berhadapan dengan lelaki.Tapi kini segalanya berubah.Mungkin masa dan keadaan yang membuat aku menjadi seperti sekarang.Begitu juga luahan sahabat baik ku.Noizack.



Keceriaan dan kemanjaan hilang?kurang semangat kah aku sekarang?.Mungkin..Entah lah.Aku tidak pasti tentang nya,Tapi aku dapat rasakan aku semakin serius dan tegas dalam tindakan.

Putus asa.

Setiap insan pasti akan merasainya.Ia adalah ujian untuk setiap manusia.Aku tidak terlepas dari rasa itu.Kadang-kadang aku dah tak boleh nak go dah.Rasa lemah dan menangis.Namun rasa itu tidak lama,Allah selalu anugerahkan aku rasa ingin bangkit,rasa ingin jadi manusia baru dan super woman?.Hee.
Tiada siapa yang akan dapat ubah diri aku jika bukan diri aku sendiri.Seperti dalam firman Allah SWT.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
-Surah Ar Ra'd:11-

Hakikatnya kunci ketenangan hati adalah redha dengan apa yang telah ditakdirkan.Mungkin pada orang lain nampak buruk,hina,tapi itu yang terbaik kata Allah.Redha dan ikhlas.Tiada yang sia-sia.Segalanya ada hikmah.Sikit-sikit aku nampak hikmah atas ujian Allah semalam.


Tanpa aku yang semalam,siapalah aku hari ini.Aku bersyukur aku di sapa Pakcik Hidayah.Ini adalah anugerah Allah.Yang tak terhingga rasa indahnya.Indah nya menutup aurat indahnya hidup bersyariat.Aku juga bersyukur kerana Allah kurniakan aku hati yang lembut.Di mana hati ini mudah untuk mendengar nasihat ,tazkirah dan sebagainya.Aku dikurniakan sahabat yang juga selalu berbicara tentang Rasulullah saw iaitu Nur Saidah Rawi.Walaupun aku telah terpisah dengan dua orang sahabat baik ku iaitu Nur Nadia dan Nurul Syazwani,namun  nasihat-nasihat mereka ku pegang ku simpan.

Hari ini aku bertemu jodoh dengan satu buku .Buku yang menarik hati ini untuk memilikinya.Harga berpatutan dan aku yakin remaja seusia ku mampu memilikinya.




Terdapat petikan kata-kata dari buku ini yang sangat menusuk hati dan minda ku.

"Kehidupan ini masih banyak misterinya.
Kerana itu,kita perlu belajar melepaskan
sesuatu yang telah terjadi.Kita kena akur 
dengan kehendak ALLAH Ta'ala.Jika itu 
 yang telah diaturkan-Nya untuk kita,
maka itulah yang terbaik untuk kita.

Tapi kita,
bukan diam sahaja tanpa perlu usaha.

Dan kerana itu bukan tugas kita,
maka lapangkanlah hati wahai kawan." 

Seperti ada suntikan dalam diri serta tunjuk arah.

~belajar melepaskan sesuatu yang telah lepas.
~kena akur dengan kehendak Allah. 
~berusaha.
~lapangkan hati.
 
Aku yakin Allah sengaja mempertemukan aku dengan buku ini di saat kejatuhan diri .Terima kasih Allah.Aku yakin Allah telah mempersiapkan sesuatu yang terindah dalam hidup ku.Aku harus berusaha dan terus sangka baik-baik pada Allah.

Aku rasa ini saja yang dapat ku luahkan.Yang lain biarlah jadi rahsia aku dengan-Nya.Doakan aku terus kuat menghadapi kehidupan yang penuh dengan kembara,mehna dan tribulasi.Mohon doa nya.

Ku tutup bicara ini dengan sebuah lirik lagu.Setanggi Syurga .In-Team

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa yang digenggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati


Oh tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung


Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh
untuk bernaung
Kerna awan itu rapuh


Bahagia buat mereka
yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki
Dan abadi 


Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam


Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti
Bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan


 Sekian.Wallahu'alam.
#Allah is enough for me.Everything is Allah. 

NoorFadilah . 4.05 a.m. . 21/5/2014







 




Semalam Hanya Tinggal Sejarah's Posts | Hari ini lebih Cemerlang dari Semalam 's Posts
Let Ta'aruf
Assalamualaikum . Noor Fadilah . 21. Mechanical Engineering Student . Selangor :)
Aku hanya wanita akhir zaman yang masih pincang akhlaknya dan bercita-cita menjadi solehah.Mohon tembak doa yang terbaik buatku.

Asmaul Husna

Salam Ukhuwah
نور فضيله

Create Your Badge

Kenangan Itu
Belajar dari kesilapan semalam :)