Be Strong ! Allah bersama mu
Ingat jadi muslimah solehah dan pendakwah itu mudah?
Kadang kala rasa lelah.Bila diri sendiri tak dapat lawan nafsu.Belum ditambah ujian ujian lain.
Bila di universiti,nak dakwah kawan kawan sendiri punya lah payah.Bukan mereka yang payah tapi aku sendiri yang tak kuat untuk mengajak,untuk menyeru.Aku takut.takut dengan respon mereka.jika mereka menolak.Aku takut untuk rasa sakit dalam kerja dakwah.Hakikat nya aku lupa bahawa Allah yang memberi hidayah.bukan aku.Aku sekadar menyeru ,berdakwah.Tapi aku tak sanggup untuk melihat mereka terus terus hidup dengan jahiliyah.
Aku fikir bila balik rumah cuti sem ni jalan dakwah akan jadi mudah,Rupa rupa nya sangkaan ku meleset.Aku di uji dengan nafsu sendiri ! Malah lebih kencang nafsunya.Kadang kala lewat subuhnya,terlepas ma'thurat dan solat dhuhanya.Sedih.Belum lagi solat sunat qabliah subuh dan bacaan Al-quran selepas solat nya..Bila di rumah ,cabaran lagi kuat.Ujian cerita best best di tv ,ujian masa lapang,ujian family.ujian makanan..
*nanges.kecewa dengan diri sendiri*
Macam mana aku nak jadi contoh pada adik adik aku kalau aku kalah dengan nafsu aku sendiri.?
Macam mana aku nak jaga rohani komander batalion XI kalau saat ni aku sendiri tak mampu nak jaga rohani aku?
Seriesly aku kadang kadang aku rasa dah tak ley nak go dah.Di tambah lagi sahabat baik ku yang selama ni support kerja dakwah ni kedua duanya telah jauh dariku.
Aku teringat pesan kak Aqilah yang merupakan mantan Exco Kerohanian Komander BatalionXI.
"Dakwah ni tetap kena berjalan walau pun sedikit.."
Aku tetap kena terus kan tanggungjawab ini.Amanah dari
Allah.Yang ku sangka berat dan mungkin tak mampu tapi Allah tahu aku mampu
.Jika tidak ,mana mungkin Dia mentakdirkan semua ini untukku.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya..” (2:286)
Ini lah jalan ku.Jalan seorang pendakwah.Yang jalannya bukan
dihampar dengan kapit merah tapi..penuh dengan duri.
Aku tak boleh kalah.Kalah dengan nafsu.Aku kena kuat.Aku
kena mujahadah kuat kuat demi menjaga istiqamah.Aku tidak boleh lemah.Kerana
mereka memerlukan ku seperti mana aku memerlukan mereka untuk berpimpinan
tangan ke syurga kelak.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih
dikasihi daripada orang mukmin yang lemah "
Kenapa pilih untuk menjadi lemah jika Allah lebih sayangkan yang kuat.Jadi Aku kena kuat.Be strong.Allah ada.Allah selalu
pandang.Allah tak pernah terlepas dari memandang .Kuat semangat.Teruskan
langkah.
#Allah is enough for me.Everything is Allah.
Sekian.Wallahu a'lam.
Semalam Hanya Tinggal Sejarah's Posts | Hari ini lebih Cemerlang dari Semalam 's Posts