LoLLipOp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Aku Sangka Si Dia Tinggalkan Aku Kerana DIA
Sabtu, 31 Ogos 2013 | 9:05 PTG | 5 Any Musykilah ?
5 Any Musykilah ?
                                               Bismillahirrahmanirrahim                                                                         ~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~

Aku tidak pasti harus bermula dari mana .Alhamdulillah,aku bersyukur ,Aku masih di beri peluang untuk meraikan ulang tahun kelahiran ku yang ke 19 tahun.Apabila aku imbas kembali apa yang telah berlaku dalam tempuh 19 tahun ini,bermacam-macam kenangan yang tercipta.Manis,Pahit,Subhanallah.

Aku tahu sesiapa yang membaca post-post ku yang sebelum ini,pasti dapat mengetahui siapa aku sebelum ini.Yea,Benar,aku sedang berubah menjadi lebih baik.Lebih baik dari semalam.Pernah suatu hari itu,di facebook,seorang temanku menghantar message .


Aku tidak menyangka teman ku perasan perubahan ku.Subhanallah.Di lanjutkan dengan pertanyaan ini.


Aku suka pertanyaan nya.Setelah  temanku ini,ramai yang bertanya soalan yang sama.Ini membuatkan aku ingin cerita kan titik mula perubahan ku..Untuk di jadikan pengajaran buat remaja yang berjinak-jinak dengan cinta .Kisah ku bermula di sini.

Hidup aku tidak asing dengan istilah couple .Dari bangku sekolah lagi,aku telah berjinak-jinak dengan couple sampai lah aku di alam universiti.Bermacam pengalaman yang telah aku rasai dan bermacam jenis lelaki yang telah aku kenali ,dari sejahat- jahat lelaki sampai lah sebaik-baik lelaki.Pasti sudah dapat agak aku perempuan yang macam mana,yea,memang aku dulu tidak menjaga batas dalam pergaulan antara lelaki perempuan.Bukan aku tidak mengetahui hukum agama,apatah lagi aku lepasan sekolah agama yang termahsyur di selangor.Tetapi mungkin silapku sendiri yang tidak pernah menghayati apa yang aku pelajari di sekolah.Aku memang telah mengetahui tentang hukum couple,dari aku tingkatan satu,Aku telah di dedahkan tentang perkara-perkara seperti ini di awal usia remaja ku.Namun aku tidak cuba mempraktikkan dalam kehidupan ku.

Sampai lah satu hari,perkenalan aku dengan seorang lelaki.Perkenalan aku dan dia bermula di facebook.Dia yang meng add aku di facebook.Yang membuat aku pelik nya adalah tiada mutual friend antara aku dan dia.Ketika itu,aku masih di alam persekolahan,di tingkatan lima.Sama sepertinya.Dia merupakan pelajar tahfiz al-quran di Gombak.Pada mula nya,kami hanya kenalan biasa.Kadang-kadang tegur,kadang tak dan setahun kemudian baru lah kami makin kerap berhubung.Sampai lah suatu hari saat perhubungan kami makin rapat dan kami  mula mengikat kasih dengan sebaris ayat iaitu "Uhibbuka"..Semudah itu kan?.

Pada pandangan ku,dia berbeza dengan lelaki yang aku kenal sebelum ini.Istimewa.Itu yang mampu aku cakap.Mudah untuk berkomunikasi dengannya.Dia mudah faham apa yang cuba aku sampaikan.Lebih-lebih aku dan dia lepasan sekolah aliran agama.Bab hukum-hukum agama dia ni memang arif.Dialah remaja lelaki pertama yang aku kenal yang sangat amik pot tentang politik.Kadang-kadang isu yang di bual kan adalah politik.Sampai kami boleh bergaduh kerana politik sahaja.Biasa nya aku akan kalah kerana aku memang zero tentang politik ini.Namun di situ,aku nampak sesuatu nilai dalam diri nya.Dia ada pendirian dirinya sendiri.One point for him from me.

Pernah suatu hari,aku tidak pasti isu apa yang aku bangkit kan sampai dia boleh keluarkan pendapat nya tentang bersanding .Dia sangat tidak setuju.Aku juga bersependapat dengan nya.Namun budaya bersanding tidak mudah di ketepikan begitu sahaja,lebih-lebih lagi jika keluarga tidak memahami tentang dan sangat menjaga adat.

Aku telah lama tidak di tegur .Suatu hari dia menegur ku dengan menyuruhku mengurangkan gambar di facebook dan dia berkata "slow2"..Pada awal nya,agak sukar untuk aku terima ,namun lama kelamaan,aku dapat menerima dan membuang semua gambar solo ku .Alhamdulillah.

Kalau dulu jika aku punya masa lapang,aku akan menghabiskan masa ku di tagged.Di mana semua kenalan ku adalah majoriti nya adalah lelaki.Namun kini,akaun tagged itu telah tidak ada lagi kerana aku telah meng deactivate kan nya.Semua nya kerananya.

Suatu hari itu,aku menanyakan soalan pada nya.

"Kalau kita sayang seseorang tu,kita biarkan dia buat dosa ke?.."

Dia pun menjawab.

''Ntah lah..Law nak cakap pasal dosa,apa yang kita buat ni,call/mcg pun dosa jugak..."

Subhanallah..Dia masih tahu hukum.Ku terus membalas.

"Kalau macam tu,kita putus la,sy tak nk biarkan awak buat dosa.Sy nk cinta kita sampai syurga."..

Dia membalas.

"sy pun nak mcm tu,tapi ..."

Aku tak dapat ingat semua perbualan mesej ringkas ini.Kerana ia telah lama berlalu.Tapi ia seakan begitu.
Aku semakin yakin dengan perasaan ku terhadap nya.Ketika ini aku masih belum bersemuka dengannya depan-depan.Aku juga bimbang perasaan ku berubah.

Aku masih ingat lagi ketika itu dia ada rancangan dengan member-member nya untuk keluar ke suatu destinasi yang aku tidak pasti di mana.Namun dia tidak pergi dan memilih untuk menemui ku di tempat tinggal ku.Aku seakan tidak percaya.Kerana tempat tinggal nya dengan ku jua agak jauh.Satu jam setengah mungkin jika berkereta.Aku tidak pasti apa yang membuatkan dia nekad untuk berjumpa denganku.
Serious.Aku sangat tenang berada di sampingnya.Aku berasa selamat.Aku bahagia.Dia sangat berbeza dengan lelaki yang pernah membawa ku keluar sebelum ini.Ketenangan yang sukar ku mengerti.

Pernah juga ,ketika aku mengetahu result semester dua aku teruk,aku sangat kecewa dan aku meninggalkan rumah tanpa memberitahu sesiapa.Aku menangis sepuas hati pada nya,dia menenangkan aku.Dia jua lah yang bersama ku di saat ku down.Ketika itu dia tengah bekerja dan dia terpaksa mengambilku dan meninggalkan kerjanya.Habis aku di marahinya.Mungkin dia bimbang akan keselamatanku.Sebenarnya ku juga bimbang dengan keselamatanku,lebih-lebih lagi aku sendirian di KTM Batu Caves ketika itu.Namun di sebabkan aku terlalu mengikut perasaan ku,aku tidak memikirkan semua itu.Sekali lagi aku merasakan ketenangan itu walau pun hakikatnya aku bimbang dan lebih-lebih mencemaskan aku ,aku di hubungi berkali-kali oleh keluarga ku,Kakak ,mama dan ayah mula marah.Aku seakan cemas ,namun dia jualah yang menenangkan aku.Akhirnya dia lah yang membawa aku pulang ke rumah akak ku,tidak semena-mena dia di soal jawab oleh kakak ku.

Hari-hari aku jalani seperti biasa.Sampai lah suatu malam itu,kami berhubung .Keadaan nya seperti biasa.Namun keesokkan nya,dia menyepi kan diri.Puas aku berusaha menghubunginya.Namun,tidak pernah mendapat respon.Aku semakin bingung.Apakah silapku sehinggakan dia menjadi seperti ini.
Keadaan ini berlanjutan .Suatu hari,aku lihat gambar dp nya di whatsapp.Dia memakai baju melayu sambil meriba adik kecil.Wajahnya nampak tenang.Seakan tiada apa-apa yang berlaku.Dari situ lah aku menyangka dia meninggalkan aku kerana nak berubah.Aku seakan yakin.Aku tidak tahu dari mana kah keyakinan itu muncul.Sejak itu lah aku nekad.Mungkin telah tiba masa nya .Aku juga ada meminta pandangan sahabat baik ku.Dia mengatakan seperti ini.

"ok..mcm ni..pesan nabi,kalau nk cri pasangan..tengoklah pada keturunan,rupa,harta dan yg paaaaling penting adalah agama.ok,dulu dy tahfiz tpi skrg..mcm da berubah kan?mmg iman tu sifatnya naik turun,,tapi kita kena sdaya upaya naikkan nya.Allah tu adil...sangat adil.kita,mencerminkan jodoh kita.klu kita nak yg baik,kite knelah berusaha kpada kbaikn.dan sebaliknya.jgn ssekali pernah rasa da terlambat nk berubah,,sebab,,,allah tu sangat mnuntut pada taubat hambanya.klu kau nak kata kau teruk,,ramai lagi yg lebih eruk kt luar sana.cuba tengok artis2..contohnya kan..mcm..irma hasmie tu.dulu dy jahil..tapi skrg??mcm tu jgk Allah jodohkan dia.suami dy pon dulu,,ade kisah tersendiri.nampakkan allah tu adil??dy bgi jodoh sama mcm diri kite.irma hasmie dulu,ade kisah silam trsndiri mcm tu jgk suami dy..so,,,msih belum trlambat utk berubah.ok dell,,,cube kau igt balik...dulu,,tyme kau ade pakwe,,kau selalu cerita kt kitorg,,itulah yg terbaik..tup2 kau clash.dan skrg,kau kata kau da jumpa yg trbaik jgk..tapi??knp dy mnyepi??dan engkau rasa sgt kcewa kan??sbb tu..cntalah sekadarnya,sbb tkut2 dy akn jdi org yg paaaaling kite bnci.klu kita da terlalu sayang..msty klu dy buat ssuatu yg kita x suka,,akan timbul rasa yg saaaaangat kecewa.kan??sbb tu,,pilihlah yg setia pada Allah,,msty dia akan setia pada kita.sbb apa??sbb allah tu lah pencipta CINTA.klu dgn Allah pun dy tak setia,,lagilah dgn kita yg tak de pape ni..cdngn aku,,mmg susah..sgt susah nk lupakan org yg kita dah terlalu syg dan percaya lantas terlalu yakin dialah yg akan menjdi suami kita.tapi ingat!suami bukan utk kita je,suami tu untuk anak2 kita jgk nnti.maka,carilah ayah yg terbaik buat anak2 kita nnty.jdi..mcm mne kita nk lupakan??dgn kita mngadu pada Allah..sibukkan diri fikir hal2 lain..biarlah lps ni rasa masalah tu sgt bnyk dtg..tapi,,terus tabahln hati..biar maslh dah bosan nk kcau hidup kita,sbb kita boleh tangani semua mslh tu..so,,,aku nak mnx,,,dell yg aku kenal,,msti tabah ..lagi2 bab hati dan perasaan ni..ok???lps ni,,klu ade org yg dok sibuk nk mnx couple..suruh je jumpa parents kau terys,,,sbb..tu la yg mnunjukkn dy serius atau tidak utk jdikn teman hidup..ok??"

Dengan nasihat ini,aku semakin kuat untuk berubah.Alhamdulillah.Aku di permudah kan dalam setiap niat ku untuk berubah sampai lah diri ku saat ini.Kalau dulu susah nya aku ingin tinggalkan seluar jeans,namun sekarang mudah bagiku.Subhanallah.

Walaupun dia telah jauh meninggalkan ku,namun hati ini tetap yakin,dia mesti ada sebab tersendiri mengapa dia meninggalkan aku seperti ini.Banyak pendapat yang aku terima dari kawan-kawanku tentangnya.

"kot-kot dia dah ada ade perempuan lain.."
"mungkin dia ada sebab dia tersendiri..."

Aku hanya mampu diam .Sejujurnya,aku tidak marah ,dengan tindakan nya yang meninggalkan ku terkontang kanting seperti itu.Bagi ku,dia hanya watak dalam hidup ku,yang hanya memainkan watak dengan baik dalam kisah hidup ku.Aku seperti mahu berterima kasih padanya kerana melakukan sedemikian.

Pernah juga luahkan perasaan ku pada mamaku yang tersayang tentang dirinya.Respon mama sangat positif terhadapnya.

Mama berkata :
"mungkin mak dia tak bagi nak bercinta-cinta ni,nanti ada jodoh mesti dia datang balik."..

Aku lega sambil tersenyum.

Ada juga pernah sahabat baik nya sendiri menyuruh aku melupakan dia.Katanya ramai lagi lelaki yang lebih baik.Aku hanya mampu diam.Tetapi tiada siapa tahu betapa hati ini sakit menerima semua ini.

Semua orang hanya mampu komen itu dan ini,tetapi hati ini belum tentu dapat menerima kesemuannya.Namun aku sedang berusaha men delete namanya dalam hati ini.


Aku selalu minta agar jika benar lah dia bukan untukku ,permudahkanlah aku untuk melupakan dia.
Alhamdulillah.Suatu saat itu,Allah hadirkan musykilah tentang soal tunang.Pernah diri ini dan dirinya mengikat janji untuk bersama kelak.Aku tidak lupa saat itu.Namun,segalanya telah berlalu.Ia makin jauh.Musykilah yang bermain di fikiran ku,adakah aku masih tunang dia?masih valid kah?.Aku bimbang jika ada insan yang ingin masuk meminang ,ia menjadi kesukaran untuk ku.Alhamduliilah,dengan kekuatan yang Allah beri,aku berjaya menghubungi nya setelah sekian lama tidak berhubung.Bergetar berdebar jiwa ku saat ku menghubunginya.Alhamdulillah,Allah permudahkan urusanku,dia memberi respon.Saat aku mendengar suaranya,hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ku rasakan saat itu.Setelah aku menjelaskan tujuan aku menghubungi dia,dia menyatakan sesuatu yang tidak aku sangka.

"Sory .Sebenarnya semua nya lakonan.Saya tidak pernah ada apa-apa perasaan dekat awak dari awal perkenalan kita apatah lagi nak berstatus tunang..."

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa remuknya hati ini.Seakan semuanya sia-sia.Apa lagi yang dapat aku positif kan tentang dirinya,sedangkan dia sendiri yang menyatakan yang demikian.




Pada awalnya memang niat ku berubah kerana nya,namun setelah dia sendiri menyatakan kejujuran yang melukakan di hati ku yang mula sembuh,Alhamdulillah.aku dapat teruskan penghijrahan ini.Kini aku berubah bukan kerana dia tetapi kerana DIA ,Pencipta Ku,Allah swt.

Pernah juga aku cuba menerima insan lain selepas dia,namun aku tidak merasa ketenangan itu lagi.Mungkin aku suka kan dia,tetapi mempunyai rasa cinta itu belum pasti buat ku.Biarlah..biarlah aku sendiri.
Yang ku yakin cuma satu,aku yakin jodoh ku ada.Cuma tidak pasti dapat bersama di dunia atau pun tidak.
Hidup ini penuh dengan ujian.Jika memang tiada kebahagiaan untukku di dunia,aku yakin Allah telah mempersiapkannya di akhirat sana.

Kini aku sedang berusaha melupakan dia.dan dia.Aku hanya ingin mencintai DIA.Kerana aku yakin hanya Allah sahaja yang dapat memahami ku,menyayangiku,menemani ku di saat aku sepi,mendengar segala rintihanku..

Sudah tiba masanya,aku bangkit,peka tentang masalah ummah dan Islam.Bukan lagi sibuk melayan perasaan cinta manusia yang bila-bila masa saja akan pupus.Aku punya matlamat aku sendiri.Cita-citaku sendiri.

Buat dirimu yang sedang menanti ku,maafkan aku,kerana aku tidak mampu membalas perasaan mu saat ini.Aku pernah terluka dan aku tidak ingin mengulanginya lagi.Target ku kini,ke arah bercinta selepas nikah.No more man before NIKAH.InsyaAllah,Aku tidak tahu sekuat mana aku mampu bertahan,kerana manusia ini kadang kala di saat iman nya di tahap yang stable,mampu mengatakan bermacam perkara kebaikan,namun di saat iman nya di tahap low,bermacam perkara maksiat yang di ulangi nya.,Aku juga manusia biasa.Perlukan nasihat.

Orang kata setiap ada doa ,di situ punya harapan.Yang tidak pernah jemu untuk aku meminta padaNya.

"Ya Allah,jika jodoh ku ada di dunia,dekatkanlah hati ku dengan hatinya..dekatlah hatinya dengan hatiku
Jika aku sedang memperbaiki diri,mudah-mudahan dia juga sedang memperbaiki diri..
Jika aku sedang menjaga hatiku,mudah-mudahan dia juga sedang menjaga hatinya..
Jika aku sedang berusaha mencintaiMu,mudah-mudahan dia juga sedang berusaha mencintaiMu..''

Sekian kisah ku.Wallahu'alam.



Semalam Hanya Tinggal Sejarah's Posts | Hari ini lebih Cemerlang dari Semalam 's Posts
Let Ta'aruf
Assalamualaikum . Noor Fadilah . 21. Mechanical Engineering Student . Selangor :)
Aku hanya wanita akhir zaman yang masih pincang akhlaknya dan bercita-cita menjadi solehah.Mohon tembak doa yang terbaik buatku.

Asmaul Husna

Salam Ukhuwah
نور فضيله

Create Your Badge

Kenangan Itu
Belajar dari kesilapan semalam :)