LoLLipOp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ila sayang adik-beradik ila
Isnin, 3 Jun 2013 | 11:52 PG | 0 Any Musykilah ?
0 Any Musykilah ?

Sudah lama ila tak update.Setelah peristiwa itu.Kini baru ila sedar.Ila sibuk cintakan yang belum halal tetapi ila lupa , alpa pada cinta atau kasih yang halal untuk ila.iaitu keluarga.Keluarga yang merupakan anugerah paling besar dalam hidup ila yang Allah kurniakan untuk ila.:'(...Tetapi ila leka.ila terlupa dengan anugerah itu.Allah bagi mama,ayah,kakak yana,ayu,eyna,emy...dalam hidup ila.Mungkin disebabkan kealpaan ini,Allah tarik cinta yang belum halal di antara ila dan si dia.

Pagi tadi dengan gerakan hati yang Allah beri,ila mendengar radio ikim  fm.Ila sempat mendengar tazkirah pagi.Iaitu yang bertajuk ''redha pada yang sedikit".Ila sempat menyalin 3 point.

       Redha Al-qalil
  • Bersyukur dengan yang sedikit.
  • Sematkan sifat mujur
  • Berpada-pada ( Al-qana'ah )
Mula-mula ila sekadar mendengar dan menyalin.Tiba-tiba,ila mendengar perkongsian di radio ikim fm bertajuk Ubat Hati -Duduk dengan orang-orang yang soleh,Ila seperti tersedar,yang perkongsian nya yang satu ini menyentuh tentang bila kita tak hargai orang yang Allah hadirkan dalam hidup kita,dan kita tak sempat untuk berbuat apa-apa untuk dia selama hayat nya.Kata-kata ini hanya bagi fahaman ila sendiri apabila mendengarnya.Ila terus teringat Kakak sulung ila dan adik2 yang lain.Ila akui,ila tak jalankan tanggungjwab ila dengan baik dalam berdakwah kepada mereka,malah ila sendiri kecundang.Ila juga jatuh ke lembah maksiat sedangkan ila di didik dengan didikan sekolah agama dari sekolah rendah dan menyambung di sekolah agama menengah.Rasa malu bila berdepan dengan adik-beradik sendiri.Sepatut nya,ila bawa mereka sama-sama menuju ke jalan yang di redhai-Nya,tapi...:'(

Ila sibuk doakan si dia yang belum tentu pasti halal untuk ila kelak,ila dakwah kat fb share perkara-perkara kebaikan untuk kawan-kawan kat fb tapi ila lupa pada adik-beradik sendiri..Layakkah ila untuk di panggil sebagai "adik" untuk kak yana dan "akak ila" untuk adik-adik yang bawah ila ? :'(

Astaghfirullahal'azim..:'(

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)


Ya Allah..ampuni dosa hambamu ini.Jika aku tidak menghargai nikmat mu yang sangat besar ini.Ajari aku dan masukkan lah aku ke dalam golongan mereka yang bersyukur kepada-Mu.Aamiin..:'(

Ila ingin saja hati ini memberitahu adik-beradik ila yang ila sedang berhijrah.atau kata lain sedang memperbaiki diri.Ini berkat kasih sayang Allah yang mana Allah masih kurniakan hidayah -Nya walaupun ila banyak melakukan dosa dan maksiat.Alhamdulillah.

Ila nak menjadi wanita solehah dan mencerminkan definisi sebenar wanita solehah.Ila ingin sangat ajak adik -beradik ila sekali.Tapi..ila tahu,ila perlu berubah dulu supaya adik-beradik ila boleh terima teguran dan nasihat ila.Perubahan memerlukan masa dan ia perlu tadarruj (setingkat-demi setingkat ).Doakan ila berjaya dan insyaAllah ila nak bawa adik-beradik dan mama ayah masuk syurga sama2.

Kepada kakak sulungku,Nor fazliyana,
                                                         
                      Ila tahu,ila banyak buat salah ,buat dosa juga,Ila tak tunjuk sesuatu yaang baik untuk akak kagum dengan ila.Ila tahu,akak mungkin dah tak respect ila sebagai 'budak lepasan sekolah agama'.Sebab ila juga pernah melakukan dosa.Mungkin ila lebih teruk dari akak.Sebab ila dah tahu hukum halal haram,tapi ila tetap buat.Maafkan ila kak,ila juga manusia biasa.tak lepas dari melakukan kesilapan.Akak,doakan ila supaya ila berjaya menjadi wanita solehah dan ila ingin sangat kita sama-sama 5 beradik jadi anak-anak yang soleh dan solehah,masuk syurga sama-sama.Takkan kita ketawa ,sedih,kecewa sama-sama kat dunia tapi dekat akhirat kita bersendirian..Ila tak nak macam tu.:'(.Oleh itu,ila nak ajak kakak sama2 kita taat pada-Nya,tinggalkan larangan-Nya.Ila tak sempurna,tapi kita cuba sama-sama.

Kepada adik-adikku Noor hidayu,Noor Alina,Muhd Helmi,
       
                       Akak sedar,akak bukan akak yang baik,akak tak berjaya tunjuk teladan yang baik untuk adik-adik sebelum ni.Akak tak tegur bila adik-adik buat salah,akak buat endah tak endah je bila adik-adik lambat solat,Akak mintak maaf..:'(..Akak leka,Alpa..AYU,akak tahu ayu dah kurang respect dengan akak sebab akak pon pernah buat benda yang sama dulu,tak jaga solat,tak jaga aurat,tak jga pergaulan dengan lelaki yang bukan muhrim,On call malam2 .Akak akui itu semua kekhilafan diri akak.Akak tak nak ayu macam tu.Akak sayang ayu sangat-sangat.akak tahu ati ayu lembut.Masih boleh di bentuk,dan akak yakin ayu juga boleh berubah.Mungkin lebih baik dari akak.ALINA,akak tahu akak pernah buat ina bengang ngan akak,sebab selalu on9 lama2,sampai alina tertidur tunggu akak abis on9.Maafkan akak ina.Akak rasa happy sangat sebab alina mudah buat apabila di suruh,bila akak kejut ina solat subuh,ina tak banyak alasan,malah alina terus bangun pergi bilik air amik wudhuk.Ina jarang membantah kalau akak suruh sesuatu.Terima kasih ina,dan akak harap sangat ina dapat jaga solat,aurat,dan pergaulan dengan lelaki dan kekalkan lah fitrah dirimu yang cintakan kebaikan.insyaAllah ,kita sama-sama jadi perempuan yang baik,yang solehah dan yang paling penting di REDHAI Allah.EMY,satu-satu nya adik lelaki yang akak ada.emy mungkin akak banyak buat emy marah sebab selalu ganggu emy tengok tv,akak mintak maaf.Emy,akak tahu emy adik yang baik,rajin,buat air teh,masak nasi,Bila mood emy baik,emy ade jugak tolong akak amik kan itu,amikkan ini,kongsi apa yang emy makan,Terima kasih adikku.Emy,sebagai anak lelaki tunggal,emy mesti kena jaga solat,dengar cakap mama ayah.dengar cakap ayu dan ina.Akak yakin emy boleh jadi anak lelaki yang soleh.Jagalah solatmu adikku.Akak sayang adik - adik akak sangat2 kerana Allah.

Kita sama-sama berusaha jadi anak yang soleh-dan solehah untuk mama dan ayah.

wallahu'alam.







Semalam Hanya Tinggal Sejarah's Posts | Hari ini lebih Cemerlang dari Semalam 's Posts
Let Ta'aruf
Assalamualaikum . Noor Fadilah . 21. Mechanical Engineering Student . Selangor :)
Aku hanya wanita akhir zaman yang masih pincang akhlaknya dan bercita-cita menjadi solehah.Mohon tembak doa yang terbaik buatku.

Asmaul Husna

Salam Ukhuwah
نور فضيله

Create Your Badge

Kenangan Itu
Belajar dari kesilapan semalam :)